Saturday 31 December 2016

MURAH, JIMAT, SELESA

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di sekitar kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang, Serdang, Damansara, Pekan Sungai Besi, KLIA dan KLIA2. 


Kereta yang kami sediakan dijamin BERSIH dan SELAMAT, serta menjanjikan pengalaman yang baik, mudah dan profesional kepada anda semasa menyewa. Model yang disediakan daripada Proton dan Perodua.

   
PROTON EXORA

PROTON IRIZ


PERODUA MYVI

PERODUA AXIA

PERODUA ALZA



TERMA & SYARAT



Syarat-Syarat dan Perjanjian Penyewa/Pemimjam Kereta Sewa
Tempoh minima sewa adalah 1 hari atau 24 jam.


Pembayaran

Jumlah kadar sewaan keseluruhan termasuk Security Deposit perlu
dijelaskan sebelum atau ketika mengambil kenderaan samaada melalui bank transfer atau pun Cash On Delivery (COD).

Security Deposit bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh penyewaan. Security Deposit akan dipulangkan apabila kereta sewa dipulangkan dengan baik dan bebas daripada saman trafik.

Sekiranya penyewa ingin menempah kenderaan untuk tarikh tertentu, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM50 sebagai booking fee atau “tanda jadi”. Jumlah ‘booking fee’ ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh penyewaan.

Untuk tempahan juga, tempoh minimum penyewaan ialah 2 hari pada hari biasa. Dan minimum tempoh sewaan berbeza pada hari perayaan dan cuti sekolah. Sila hubungi kami.

Sekiranya kereta sewa lambat dihantar, setiap jam yang berikutnya akan dicas minimum RM15/jam (bergantung kepada jenis kereta). Jadi untuk mengelakkan anda dikenakan cas sewaan yang tinggi sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan dan seawal mungkin sekiranya ingin melanjutkan tempoh sewa pada kadar yang lebih baik.


Syarat Pemandu


Pemandu mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.

Sihat tubuh badan dan waras.

Hadirkan diri ketika mengambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.

 
Dokumen yang Diperlukan
Salinan Kad Pengenalan/MyKad penyewa.

Salinan Lesen Memandu penyewa.

Salinan Kad Pengenalan Rujukan/ Penjamin (contoh: isteri, abang, suami, saudara dll).

Salinan bil utiliti terkini rumah (contoh: bil Astro, bil TNB,  bil air dll).

Bisnes kad jika ada.

Kad Pelajar jika seorang pelajar.


Saman


Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman  yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.


Tempat Ambil atau pulangkan Kereta

Lokasi untuk ambil dan pulangkan kereta ialah di Putrajaya Sentral. Hubungi Kami ketika ingin pulangkan.


Syarat dan Larangan Ketika Menyewa Kereta

Dilarang untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.

Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa.  Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.

Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada Security Deposit untuk proses mencuci.

Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).

Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.

Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, cas minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan.

Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator  panas,kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.
     
* Sekiranya anda menempah kereta daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma ini.


Whatsapp 010 846 0225